FAQ Iklan Boleh Diterima

Adakah AdBlock akan menyekat semua iklan?

Ia adalah tidak mungkin secara teknikal untuk menyekat semua iklan di internet. Kami cuba yang terbaik, tetapi kami adalah kumpulan kecil dan internet adalah kawasan yang besar, dengan bermacam format iklan berbeza dan teknologi berbeza yang digunakan untuk memaparkan iklan.

Juga, kami tidak percaya bahawa semua iklan adalah jahat. Terdapat perbezaan di antara iklan menjengkelkan, audio pop timbul dan iklan tidak menganggu yang berjalan di atas cerita pada laman web kegemaran anda. Sebab itu, sejak 2015, kami telah menyertai program Iklan Boleh Diterima, yang dikawal oleh organisasi bukan keuntungan yang berpangkalan di AS yang dipanggil Jawantankuasa Iklan Boleh Diterima.

Apakah itu Iklan Boleh Diterima?

Iklan Boleh Diterima adalah iklan yang tidak bercampur dengan kandungan dan dengan jelas dilabelkan dengan perkataan "iklan" atau sepadannya. Iklan ini tidak menjengkelkan atau menganggu dan tidak akan menyertakan perkara seperti pop timbul, iklan audio main sendiri atau iklan lain yang menganggu pengguna. Untuk iklan menjadi "Iklan Boleh Diterima", ia mesti mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Iklan Boleh Diterima: sebuah kumpulan bebas, bukan keuntungan yang termasuk penyokong pengguna, ahli industri pengiklanan dan organisasi hak digital.

Mengapakah Iklan Boleh Diterima didayakan secara lalai di AdBlock?

Kebanyakan laman web kegemaran kami tidak akan bertahan tanpa iklan. Kami percaya bahawa Iklan Boleh Diterima menyediakan situasi yang membenarkan kedua-kedua pihak untuk bersetuju di antara pengguna AdBlock dan pemilik laman web yang memerlukan iklan untuk menghasilkan wang untuk mereka bertahan. Dengan Iklan Boleh Diterima, kami boleh menyingkirkan jenis iklan yang menyebabkan orang ramai untuk memasang penyekat iklan, semetara tidak merosakkan laman web salah satu sumber utama pendapatan mereka.

Bolehkah saya mematikan Iklan Boleh Diterima?

Semestinya. Anda boleh menyahdayakan ciri ini pada bila-bila masa. Begini caranya:


AdBlock untuk Chrome dan Edge

  1. 1. Klik ikon AdBlock dalam pelayar anda (ia kelihatan seperti tanda berhenti merah).
  2. 2. Klik ikon gear pada sudut kanan atas menu pop-timbul.
  3. 3. Nyahtanda "Benarkan Iklan Boleh Diterima".
  4. 4. Tutup tab.

AdBlock untuk Firefox

  1. 1. Klik ikon AdBlock dalam pelayar anda (ia kelihatan seperti tanda berhenti merah).
  2. 2. Klik ikon gear pada sudut kanan atas menu pop-timbul.
  3. 3. Nyahtanda "Benarkan beberapa iklan yang tidak menganggu".
  4. 4. Tutup tab.

AdBlock untuk Safari (MacOS)

  1. 1. Buka apl AdBlock. (Menggunakan Launchpad, anda boleh klik ikon AdBlock, yang kelihatan sepeti tanda berhenti merah)
  2. 2. Klik tab "Senarai Penapis" pada bahagian sebelah kiri tetingkap.
  3. 3. Nyahtanda "Benarkan beberapa iklan yang tidak menganggu".
  4. 4. Tutup apl.

AdBlock untuk Samsung Internet

  1. 1. Buka AdBlock untuk Samsung Internet.
  2. 2. Nyahtanda "Benarkan beberapa iklan yang tidak menganggu".

AdBlock untuk Telefon (iOS)

  1. 1. Klik ikon AdBlock pada peranti iOS anda.
  2. 2. Klik ikon gear untuk membuka tab "Tetapan".
  3. 3. Nyahtanda "Benarkan beberapa iklan yang tidak menganggu".
  4. 4. Tutup apl.

Adakah pengguna AdBlock benar-benar mahu melihat iklan?

Sebahagian besar pengguna kami faham bahawa bukan semua iklan adalah menjengkelkan. Kami mempunyai jutaan orang setiap hari yang menggunakan ciri AdBlock untuk mematikan AdBlock atau menambah laman web ke "senarai izin" mereka.

Adakah penerbit dan pengiklan membayar untuk menyertai Iklan Boleh Diterima?

Penerbit dengan lebih daripada 10 juta jejak iklan bulanan membayar bayaran untuk menyertai program Iklan Boleh Diterima. Bayaran ini dibayar kepada eyeo, syarikat yang mencipta Adblock Plus dan program Iklan Boleh Diterima. Hasil daripada penerbit ini membiayai pembangunan berterusan Adblock Plus, termasuk operasi program Iklan Boleh Diterima, termasuk pematuhan, pemantauan, sokongan teknikal dan banyak lagi. Dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai pelesenan di sini.

Baki 90% penerbit yang menyertai Iklan Boleh Diterima tidak membayar untuk menyertai. Iklan yang digunakan syarikat ini masih perlu "diterima" — iaitu, tidak menganggu atau menjengkelkan — sepanjang masa; jika tidak, ia tidak akan ditunjukkan kepada pengguna AdBlock.

Bolehkah anda memberi contoh syarikat yang menyertai Iklan Boleh Diterima?

Boleh. Kira-kira 25 peratus daripada 1000 laman web teratas di seluruh dunia menyertai program Iklan Boleh Diterima. Anda boleh melihat senarai izin Iklan Boleh Diterima penuh di sini. Dan anda boleh lawati forum Iklan Boleh Diterima untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk menyediakan pendapat anda mengenai iklan mana yang menjengkelkan atau tidak.

Beritahu kami di [email protected] jika anda mempunyai sebarang maklum balas yang dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan Program Iklan Boleh Diterima.