Penyekat Iklan & Pop Timbul
Pop timbul atau iklan pop timbul adalah salah satu bentuk iklan yang paling menjengkelkan dalam talian. Ia juga salah satu yang paling tua: dalam beberapa anggaran, pop timbul telah menganggu orang selama 25 tahun! Pop timbul adalah sebarang iklan yang muncul di hadapan kandungan yang anda cuba baca (sebab itu namanya "pop timbul").
Pop timbul adalah salah satu bentuk iklan yang paling agresif dan menjengkelkan dan dengan AdBlock anda boleh menyekatnya secara kekal. Ia juga telah berkembang untuk merangkumi bentuk pop timbul yang sama menjengkelkan seperti pop-unders dan pop timbul yang mempunyai video dan bunyi.
Menyekat Pop Timbul, Pop-Unders dan Penjejak
Selama bertahun, iklan pop timbul telah menjadi lebih agresif untuk melepasi penyekat seperti AdBlock. Jadi sekarang bukan hanya pop timbul, terdapat juga pop-unders. Pop-under adalah iklan yang bersembunyi di belakang tetingkap pelayar anda, ia dilihat apabila anda meninggalkan halaman yang anda lawati.
Contoh pengiklanan agresif dalam talian yang lain ialah peningkatan penjejak pihak ketiga dan iklan yang "mengikut" anda semasa anda melayari Internet. Syarikat pengiklanan yang bergantung kepada iklan jenis ini menjejak tingkah laku anda dalam talian, yang digunakan untuk menunjukkan iklan yang disesuaikan dengan aktiviti terkini anda. Jika anda pernah mencari sepasang kasut pada sebuah laman web dan kemudian anda melihat iklan kasut yang sama dalam laman web yang lain, itulah hasil daripada penjejak (industri pengiklanan memanggilnya "sasar semula").
Penyekat iklan kami akan menyekat pop timbul, pop-unders dan penjejak pihak ketiga. Dengan memuat turun AdBlock, anda akan melindungi diri anda daripada iklan seperti ini.
Sekat Pop Timbul dan Lindungi Diri Anda
Pop timbul disekat AdBlock secara lalai. Setelah anda memasangnya, anda akan berhenti melihat pop timbul dalam Chrome, Firefox, Edge, Safari, Android atau iPhone. Jika anda masih melihat pop timbul, ia mungkin tanda bahawa komputer anda telah dijangkiti dengan satu bentuk perisian hasad dipanggil "perisian beriklan". Jika anda terpasang perisian beriklan, lawati Pusat Bantuan kami dan ikuti langkah untuk membuang perisian hasad.
Layari Semula dengan Gembira
Bukan semua pop timbul adalah iklan. Anda mungkin mahu melihat pop timbul yang digunakan laman web untuk mengajak anda untuk menyertai surat berita mereka, memberitahu anda tentang jualan atau memberi isyarat tentang sesi yang hampir tamat. AdBlock memudahkan untuk mengawal pop timbul yang anda lihat dan yang disekat.
Anda tidak perlu melihat pop timbul lagi! Pasang AdBlock dan layari web dengan cara anda: tanpa gangguan menjengkelkan.