Sekat Iklan Facebook Dengan AdBlock

Dengan lebih daripada 1 bilion pelawat setiap hari, Facebook adalah salah satu destinasi popular di web. Dan sementara Facebook adalah alat yang terbaik untuk kekal terhubung, iklan di Facebook telah menjadi semakin menjengkelkan. Dengan AdBlock, anda boleh terus berhubung dengan rakan dan keluarga di Facebook tanpa iklan.

Apakah itu Iklan Facebook?

Iklan Facebook hadir dalam pelbagai bentuk. Anda mungkin melihatnya pada bar sisi semasa anda menatal suapan berita atau dalam suapan berita itu sendiri. Iklan Facebook sering disesuaikan dengan sejarah pelayaran terkini anda. Maksudnya jika anda melawat Amazon untuk mencari hadiah bayi, anda mungkin akan melihat sejumlah iklan Facebook yang berkaitan dengan bayi.

Mengapa Sekat Iklan Facebook?

Ramai orang merasakan bahawa iklan Facebook menyeramkan, khususnya bagaimana ia "disasarkan". Ini terasa seperti pencerobohan privasi kepada ramai pengguna Facebook. Pengguna memilih untuk menyekat iklan Facebook untuk mengurangkan bilangan penjejak dan meningkatkan privasi dalam talian mereka.

Bagaimana untuk Menyekat Iklan Facebook

Dengan memasang AdBlock, anda akan terus mula menyekat iklan Facebook. Jika anda mahu menyekat perkara menjengkelkan yang lain di Facebook, AdBlock boleh membantunya juga!

Sekat Iklan Facebook Dimana Sahaja Anda Pergi

Kawal pengalaman Facebook anda tidak kira bagaimana anda pilih melayarinya. Sekat iklan Facebook di Chrome, Firefox, Edge, Safari, Android atau iPhone.

Sambungan Tanpa Gangguan

Bersedia untuk menyekat iklan Facebook dan kembali berhubung dengan rakan dan keluarga anda? Pasang AdBlock hari ini dan nikmati Internet semula!