Sekat Iklan Twitch dengan AdBlock

Apakah itu Twitch?

Kami menganggap bahawa jika anda mencari penyekat iklan Twitch, anda sudah tahu apa itu Twitch. Tetapi bagi kebanyakan pengguna Internet yang menemui Twitch pada masa akan datang, kami akan meletakkan pengetahuan asas tentang Twitch dan bagaimana AdBlock boleh membantu anda meningkatkan pengalaman anda semasa melawatnya.

Twitch adalah salah satu laman web yang paling ramai dikunjungi di internet. Di Amerika Syarikat sahaja, Twitch menarik hampir 200 juta kunjungan sebulan, tetapi jika anda berumur lebih 30 tahun, anda mungkin tidak pernah tahu tentangnya.

Jadi apakah ia? Twitch adalah sebuah laman web yang didedikasikan untuk permainan yang menunjukkan strim langsung orang bermain permainan video dan berjuta-juta orang lain berbual dengan satu sama lain tentang permainan yang sedang dimainkan. Daripada FIFA ke Fortnite, pengguna dapat menyiarkan diri mereka bermain permainan (dan membuat banyak perkara lain) sambil berikteraksi dengan penonton melalui alat sembang bina-dalam.

Ia sangat popular dan berkembang dengan cepat, membuatkan Twitch diperoleh oleh Amazon pada hampir $1 bilion hampir lima tahun yang lalu, pada September 2014.

Bagamainakah Twitch membuat duit?

Terdapat dua cara utama Twitch membuat duit: langganan dan pengiklanan. Pengguna boleh melanggan saluran yang mereka minat dengan $4.99 sebulan dan yuran bulanan itu dibahagi kepada penstrim dan Twitch, dengan Twitch menyimpan mana-mana 30-50% yuran bulanan itu.

Sumber kewangan utama yang lain adalah iklan. Seperti Youtube, Twitch menjalankan iklan sebelum, semasa dan selepas video distrim pengguna pada halaman itu. Jadi pengguna akan melihat iklan video pra-main (iklan video 15 saat yang berjalan sebelum strim) serta iklan semasa video yang sedang mereka lihat. Mereka juga akan melihat iklan lain, yang muncul dalam bentuk dan saiz yang lain, bergantung kepada jenis suapan yang dilihat pengguna.

Twitch mengekalkan gambaran terperinci mengenai format iklannya di sini.

Adakah setiap strim Twitch mengandungi iklan?

Iklan di Twitch akan dilihat bergantung kepada beberapa perkara: jika anda melanggan Amazon Prime atau melanggan saluran tertentu, anda mungkin tidak akan melihat iklan. Beberapa iklan ditentukan oleh penstrim -- mereka yang menyiarkan video popular Fortnite, jika mereka mempunyai pelanggan yang mencukupi, mereka boleh menentukan sama ada mereka mahu menunjukkan iklan kepada pengguna yang melihat strim mereka.

Untuk pelawat Twitch yang tidak melanggan Amazon Prime atau membayar $4.99 kepada saluran yang mereka lihat, mereka mungkin akan melihat iklan, dan mungkin dengan banyak.

Bolehkah AdBlock menyekat iklan Twitch?

Menyekat iklan pada Twitch telah menjadi salah satu ciri yang banyak kami dengar daripada pengguna kami. Kami telah menulis satu artikel bantuan terperinci, yang merupakan salah satu kandungan sokongan kami yang paling banyak dilihat.

Kami cuba yang terbaik untuk menyekat iklan di Twitch, dan AdBlock sepatutnya dapat menyekat kebanyakan iklan di Twitch, tetapi ada yang akan terlepas. Iklan video dalam strim amat sukar untuk disekat kerana iklan dan kandungan (video yang pengguna sedang lihat) adalah dari tempat yang sama, bermaksud ia adalah susah untuk membezakan antara kandungan iklan dan video itu sendiri. Ini bermaksud bahawa jawapan kepada soalan, "adakah AdBlock berfungsi di Twitch?" adalah lebih rumit.

Seperti Youtube, Twitch mungkin mempunyai beratus-ratus jurutera yang berusaha membuatnya berhasil. Ini bermaksud Twitch sentiasa membuat kemas kini dan perubahan yang mungkin menyukarkan kebolehan AdBlock untuk menyekat iklan. Kami sedaya upaya untuk menyekatnya dan jika anda mempunyai sebarang aduan terperinci, anda boleh beritahu kami di mana kami perlu fokus dalam usaha kami untuk menyekat iklan Twitch.